Jr. WordPress Stack Developer di Kuala Lumpur. Berminat untuk memahirkan diri dalam selok-belok pembangunan WordPress dan tools yang berkenaan. Tugas anda adalah memastikan laman web kelolaan VOCKET sentiasa online dan menerima kemaskini terbaru. Disamping itu, dapat eksperimen dengan projek-projek kecil.

Anda mesti ada kefahaman dan minat yang mendalam terhadap industri digital dan internet. Kami mencari individu yang obses dengan kelajuan dan pengalaman website yang awesome.

Anda perlu mempunyai perkara perkara berikut:

  1. Kebijaksanaan emosi yang tinggi.
  2. Positif, sifat ingin tahu yang tinggi dan seorang yang fun.
  3. Minat mendalam terhadap programming dan problem solving.
  4. Mahu dan sanggup meluangkan masa untuk belajar perkara baharu.
  5. Sikap ingin tahu terhadap bagaimana platform internet berfungsi, etc.

Anda juga perlu tahu melakukan perkara perkara di bawah:

  1. Wajib tahu menggunakan WordPress & PHP.
  2. Wajib tahu menggunakan HTML & CSS3.
  3. Wajib tahu menggunakan jQuery.
  4. Kelebihan pada yang boleh menggunakan Git (Github, Gitlab, etc).
  5. Kelebihan pada yang boleh menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Sketch App, Adobe XD (Experience Design).
  6. Keupayaan untuk mengeluarkan idea dan menghasilkan solusi di laman web.
  7. Keupayaan untuk menguruskan maklum balas yang kritikal dan menambah baik.
  8. Kesungguhan untuk bekerja dalam suasana kolaboratif

Contoh tugasan:

  1. Kemaskini data dan laporan kepada Sales team.
  2. Kemaskini WordPress

Anggaran Gaji: RM2,500 – RM3000

Anda akan bekerja dan belajar daripada VOCKET team. Ini adalah peluang terbaik untuk seseorang yang berminat dalam karier digital & internet sebagai WordPress Stack Developer. Ini juga adalah jawatan sepenuh masa berbayar di pejabat Sunway Nexis, Kota Damansara kami.