PENULIS INTERN di VOCKET (Kota Damansara/Kuala Lumpur)

VOCKET Intern adalah program 5 bulan untuk generasi penulis, editor dan content creator akan datang yang berminat untuk memahirkan diri dengan teknik dan tools menghasilkan konten social di semua platform sosial. Sepanjang program anda akan belajar cara menghasilkan konten yang pembaca suka (No dirty gossip). Anda mesti mempunyai kefahaman mendalam dan minat terhadap industri digital dan pop culture.

Kami mencari individu yang obses dengan data dan apa yang disukai oleh pengguna Internet Malaysia. Anda perlu mempunyai perkara perkara berikut:

  • Kebijaksanaan emosi yang tinggi
  • Positif, sifat ingin tahu yang tinggi dan seorang yang fun
  • Semangat bersaing. Anda suka menang dan betul betul mahukannya
  • Minat terhadap platform sosial dan apa yang membuatkan orang kongsi konten di web.
  • Sikap ingin tahu terhadap platform sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, Youtube, etc.

Anda juga perlu tahu melakukan perkara perkara di bawah:

  • 1-3 tahun pengalaman menulis konten di web
  • Skill Photoshop adalah bonus
  • Keupayaan untuk mengeluarkan idea dan menghasilkan konten di laman web.
  • Keupayaan untuk menguruskan maklum balas yang kritikal dan menambah baik
  • Kesungguhan untuk bekerja dalam suasana kolaboratif.

Intern akan bekerja dan belajar daripada VOCKET team. Ini adalah peluang terbaik untuk seseorang yang berminat dalam karier penulisan. Ini juga adalah jawatan intern sepenuh masa berbayar di pejabat Sunway Nexis, Kota Damansara kami.

Untuk memohon:

Tidak perlu cover letter. Cukup sekadar beberapa perenggan pendek tentang topik yang anda mahu tulis di VOCKET, dan apa yang menarik tentang VOCKET yang menarik minat anda.

Lain-lain: Elaun RM1,000

© 2024 • The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group